i. Ransum Pemakanan
Syarikat pengeluar makanan ternakan komersial telah
mengeluarkan dedak mengikut kegunaan penternakan kita. Perbezaan yang nyata
dari kandungan protein,calcium dan lain-lain lagi. Bagi ayam pedaging, makanan
dirumus khas mengandungi kandungan protien yang tinggi bagi tujuan penggemukan.
Bagi ayam baka dan penelur, makananya pula dirumus mengandungi kandungan
protien yang rendah berbanding dedak pedaging dan mengandungi unsur calcium
bagi pembentukan cengkerang telur. Jika ayam kampung, protein yang diperlukan minimum adalah 18%.
ii. Jenis dedak
Pastikan sebelum membeli makanan ayam, kita kena tahu dedak yang
sesuai mengikut ternakan kita :
Anak ayam (Pedaging /Penelur/Baka) : Selalu ditulis perkataan
starter / pemula dll.
Ayam Dewasa : Selalu di guni dedak akan ditulis perkataan
Grower, Feeder,Penggemuk dll. Dedak ini khusus diformulasi bagi meningkatkan
kadar tumbesaran dengan masa yang cepat.
Penelur : Selalu di guni akan tertulis perkataan layer.
Baka : Selalu di guni tertulis perkataan breeder.
iii. Bentuk dedak
Anak (Pedaging /Penelur/Baka) : Dalam bentuk mash ( serbuk )
dan crumble ( dedak kasar ).
Pedaging : Dalam bentuk crumble ( dedak kasar ) atau pellet.
Penelur & Baka : Dalam bentuk mash (serbuk ). Selalunya
akan kelihatan jagung-jagung hancur dalam dedak tersebut.
iii. Warna dedak
Pedaging :
Kuning : Ransum pemakanan mempunyai kandungan protien dari
unsur-unsur tumbuhan kebanyakannya.
Hitam : Ransum pemakanan mempunyai kandungan protien dari
unsur-unsur haiwan (ikan dll). – cadangan penggunaan dedak hitam kerana
memaksimumkan tumbesaran..dalam erti kata lain ayam cepat besar.
Baka & Penelur :
Dedak berwarna kuning dan kelihatan jagung atau kulit jagung
bersama-sama dedak ini.
iv. Waktu makan
- Pedaging : Pada masa sekarang, dah ada guideline jumlah
pemakanan sehari dari umur sehari hingga umur pasaran. Cuma pemberian biasanya
dibuat dua kali iaitu sekali pagi dan sekali petang.
-Penelur / Baka : - Selepas 14 hari,dicadangkan memberi
makan terus menerus sehingga umur hampir ke 16 minggu ( dedak bentuk crumble ).
Lampu jika boleh dipasang pada waktu malam sehingga umur 1 bulan. Selepas itu,
ayam diberi makan pada waktu siang sahaja.
Penelur/Baka : Pada umur 16 minggu, ayam boleh diasuh untuk
mula menggunakan makanan baka/penelur. Makanan baka/penelur diberi dengan kadar
yang bersesuaian.Tidak boleh diberi makan terus menerus..!!! Hanya Sekali di
waktu pagi dan sekali di waktu petang. Jika diberi makan terus menerus tanpa
had,ayam akan menjadi gemuk dan produktiviti telur akan berkurang atau
terhenti.
v. Pertukaran makanan
-Pastikan sewaktu mahu menukar makanan ke bentuk yang lain
atau jenama yang lain, Makanan tersebut ditukarkan secara beransur-ansur selama
beberapa hari sebelum bertukar sepenuhnya kepada makanan yang baru bagi
mengelakkan ayam tersebut terkejut dengan perubahan makanan kerana kesannya
ayam tersebut perlu menyesuaikan makanan tersebut, mungkin akan murung kerana
makanan dah bertukar, hilang selera makan dah merugikan masa.
Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman web di http://marzuqbayu.com atau Facebook Marzuq Bayu Sdn Bhd.
Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman web di http://marzuqbayu.com atau Facebook Marzuq Bayu Sdn Bhd.
http://marzuqbayu.com
ReplyDelete