Makanan Ayam : Dedak Warisan Ayam Kampung (Utusan Malaysia)



Ekspo Johor Berkemajuan 2017 yang sedang berlangsung di Dataran Mahkota, Kota Iskandar. Di sini bukan sahaja mendedahakan pengunjung mengenai kejayaan pembangunan dan perancangan masa depan negeri ini, malah turut memberi peluang bagi usahawan, petani dan penternak untuk mengetengahkan produk masing-masing. 
Menerusi penganjuran ekspo selama sembilan hari bermula 6 hingga 14 Oktober ini, golongan usahawan, petani dan penternak terlibat juga dapat meningkatkan lagi rangkaian perniagaan mereka dengan menembusi pasaran baharu.
Bagi Pengarah Urusan Marzuq Bayu Sdn BhdAhmad Najib Habeb, ini kali pertama syarikat pembekal makanan ayam dan ayam kampung yang beroperasi di Seri Kembangan, Selangor mengikuti ekspo terbesar pernah disertainya setakat ini.
Bukan itu sahaja, syarikatnya turut mempamerkan ayam perhiasan baka Jepun atau ayam 'Onagadori" dan ayam Black Sumatera yang boleh dijual sehingga mencecah RM15.000 Seekor.
"Ekspo ini ternyata sangat bagus bukan sahaja untuk mempromosikan dan memasarkan produk syarikat, malah pada masa sama mencari pelanggan dan rakan niaga baharu seperti koperasi yang berminat untuk menceburi industri ayam kampung. 
"Selain itu, kami juga dapat mendidik pengunjung khususnya pelajar mengenai 22 baka ayam perhiasan termasuk Onagadori dan Black Sumatera yang menjadi tarikan ramai kerana ciri-ciri luarannya yang unik", katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Sumber : Utusan Malaysia Johor

Comments